SELAMAT DATANG




SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI RAGBI MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Monday, March 25, 2013

PERTARUNGAN B12 MENARIK PERHATIAN


Written by statistik 1 on .

Pertarungan kategori Bawah 12 dan Bawah 18 Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) berlangsung hari ini mengikut jadual di venue yang telah ditetapkan.
Perlawanan yang pertama bagi pasukan kategori B12, semuanya bermula jam 8.00 pagi dan perlawanan kedua berlangsung pada jam 9.15 pagi.  Semua perlawanan berlangsung di padang STAR.
Juara bertahan, Sabah akan memulakan cabaran mempertahankan kejuaraannya dalam Kumpulan A berdepan Melaka pada pagi ini.  Pasukan Sarawak turut diundi dalam kumpulan yang sama.
Naib juara lalu, Perak selaku tuan rumah berada dalam kumpulan B bersama-sama Pulau Pinang, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur.
Selangor bersama-sama Perlis, Negeri Sembilan dan Kelantan dalam kumpulan C, sementara Johor, Pahang, Kedah dan Terengganu dalam kumpulan D.
Pasukan Perak yang mengungguli Kejohanan MSSM Ragbi pada tahun lalu akan memulakan aksi bertemu dengan WP Kuala Lumpur pada jam 9.15 pagi.
Setiap pasukan yang bertanding akan memberi tentangan yang hebat serta mempamerkan kualiti yang tinggi dalam setiap permainan yang ditempuhi.
Menurut Encik Sofian bin Sulaiman selaku jurulatih tuan rumah Peakk B12 tahun, cabaran pada tahun ini akan lebih sengit dan akan mendapat tentangan yang hebat dari pasukan negeri yang lain.  Bagi pendapat Encik Fadzian Helmy bin Zulkepli pula pasukan tuan rumah akan menggunakan peluang bermain di tempat sendiri untuk muncul sebagai juara setelah hanya mendapat tempat kedua semasa kejohanan tahun lepas bagi kategori 12 tahun.

No comments:

Post a Comment