SELAMAT DATANG




SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI RAGBI MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Tuesday, March 26, 2013

Tuan Rumah Beraksi Cemerlang

Perak, selaku tuan rumah Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2013 mempamerkan kecemerlangan dalam aksi perlawanan pembukaan yang berlangsung semalam.
Pasukan Bawah 12 dan Bawah !8 Perak menang ke atas pihak lawan masing-masing dengan kemenangan yang selesa.  Pasukan Bawah 12 tuan rumah berjaya menundukkan WP Kuala Lumpur 81-10 manakala Bawah 18 menewaskan WP Labuan dengan keputusan 86-0.
Dalam perlawanan pembukaan yang berlangsung semalam, kedua-dua pasukan yang merupakan juara bagi kategori B12 dan B18 tahun lepas iaitu Sabah dan Kelantan tewas kepada lawan masing-masing iaitu Sabah yang tumpas kepada Melaka dengan keputusan 20-46 manakala Kelantan pula dijinakkan pasukan dari Selangor dengan keputusan 0-54.
Namun begitu, perlawanan yang berlangsung semalam bukanlah penentu segala-galanya.
Perlawanan yang seterusnya mungkin akan memberi tekanan kepada setiap pasukan yang bertanding pada tahun ini.  Semuanya bergantung kepada kesungguhan dan semangat para pemain dalam mengharungi setiap perlawanan serta percaturan jurulatih dalam menentukan kejayaan sesebuah pasukan.
Kerjasama jurulatih dan pemain haruslah terus digarap bagi mengharungi perlawanan yang seterusnya di peringkat kumpulan.  

No comments:

Post a Comment