Seperti yang dijangka, tuan rumah, Perak melepasi halangan pertama dengan penuh bergaya menumpaskan WP Kuala Lumpur 81-10 dalam kumpulan B kategori 12 tahun dalam Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di padang STAR semalam,25 Mac 2013. Pasukan Perak memanfaatkan sepenuhnya peluang bermain di tempat sendiri untuk menang ke atas pihak lawan.
Namun begitu, keputusan yang tidak dijangka berlaku yang mana johan kategori B12 tahun yang lalu, Sabah dikejutkan oleh Melaka setelah tumpas dalam perlawanan di padang yang berasingan dalam masa yang sama. Para pemain pasukan Melaka nampak begitu bersemangat dan berjuang berhabisan untuk menewaskan pasukan dari Sabah itu.
Pasukan Selangor, selaku pemenang tempat ketiga tahun lepas yang bertemu dengan Kelantan juga menang besar 80-10 ke atas Kelantan. Perlawanan kedua-dua pasukan ini berlangsung di padang C jam 9.15 pagi. Kemenangan besar ini seperti menyetujui apa yang dikatakan oleh jurulatihnya, Encik Roslan bin Mohamad yang mengatakan bahawa pasukan ini telah bersedia bagi kejohanan tahun ini. Beliau begitu yakin dengan kesungguhan para pemain tahun ini.
Dalam perlawanan yang lain, pada awal pagi, Pulau Pinang berjaya menjinakkan WP Putrajaya dengan keputusan 53-5, Negeri Sembilan ditundukkan oleh Perlis dengan keputusan 5-17 manakala Pahang pula menundukkan Kedah dengan 54-31. Bagi perlawanan sesi yang kedua, Johor berjaya menang ke atas Terenggganu dengan keputusan 42-25.
Namun begitu, cabaran perlu diteruskan dalam perlawanan yang seterusnya bagi peringkat kumpulan pada keesokan harinya. Semangat berlawan perlu dterap, percaturan jurulatih mencari kemenangan.
No comments:
Post a Comment