SELAMAT DATANG




SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI RAGBI MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Tuesday, March 26, 2013

Meneruskan Momentum Kemenangan

Perlawanan yang kedua dalam pusingan awal diteruskan pada hari yang kedua, 26 Mac 2013. 
Bagi katogori Bawah 12 tahun yang berlangsung pagi, pasukan tuan rumah, Perak meneruskan momentum kemenangan pasukan mereka pada perlawanan yang kedua hari ini dengan mengalahkan Pulau Pinang dengan keputusan 65-12.
Pasukan Melaka yang telah membuat kejutan dengan mengalahkan Sabah semalam yang merupakan juara tahun lepas bagi kategori B12 tahun juga menang pagi ini ke atas Sarawak dengan keputusan  52-5.
Pasukan Selangor dan Johor juga membuat kemenangan kedua pagi ini ke atas Perlis dan Pahang.
Pasukan yang telah tewas semalam iaitu WP Kuala Lumpur, Kelantan dan Kedah telah menunjukkan kebangkitan pasukan mereka dengan menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan kedua yang berlangsung pada pagi ini.
Pasukan WP Kuala Lumpur berjaya menjinakkan WP Putrajaya dengan keputusan 51-5, Kelantan menundukkan Negeri Sembilan dengan keputusan 10-5 dan Kedah yang telah tewas kepada Pahang semalam, menang pada pagi ini ke atas Terengganu dengan keputusan 22-10.
Terdapat beberapa pasukan yang terus mengungguli tempat teratas dalam kumpulan masing-masing dengan membuat kemenangan kedua yang mereka perolehi pada pagi ini dan terdapat juga pasukan yang tewas dalam perlawanan pembukaan semalam, telah melakarkan kemenangan bagi pasukan mereka.

No comments:

Post a Comment